Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

9 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Kelas ini merupakan kesinambungan kelas yang telah diadakan pada bulan lepas. Dalam kelas ini, peserta mengulangkaji tentang perkakasan komputer yang telah dipelajari seperti monitor, pencetak, tetikus, keyboard dan lain-lain lagi. Peserta kemudian diminta untuk menjawab kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari di laman web Wordwall menggunakan template Match Up. Mereka dikehendaki menaip nama dan memadansuai gambar dengan jenis perkakasan komputer yang betul. Markah dan nama peserta akan dipaparkan selepas mereka selesai menjawab soalan-soalan berkenaan.

Selain itu, peserta juga telah diminta untuk mewarna perapian Krismas (Christmas Fireplace) berdasarkan nombor secara online di laman web coloritbynumbers. Peserta dikehendaki untuk mewarna perapian tersebut sehingga selesai. Peserta turut diminta untuk mendekorasi pokok Krismas berdasarkan kreativiti masing-masing menggunakan pelbagai jenis hiasan yang terdapat pada halaman berkenaan di laman web ABCya.com.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali